Bantuan RM500 Kepada Penjawat Awam Negeri Di Bayar Mei

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mengumumkan pemberian bantuan RM500 kepada penjawat awam negeri bagi mengurangkan bebanan mereka dalam berdepan kesukaran yang dihadapi pada masa ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal mengumumkan perkara itu dalam sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata, pemberian bantuan RM500 itu melibatkan semua pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam negeri yang bergaji dibawah skala gred 54.

“Ia termasuk kepada anggota perkhidmatan awam negeri yang bergaji harian.

“Kita akan bagi bantuan RM500 ini dan ia akan diserahkan pada bulan depan,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Kewangan Covid-19 daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat swasta, dewan perniagaan dan badan-badan berkanun, di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah.

Menurutnya, pemberian bantuan itu diharap dapat membantu anggota perkhidmatan awam dalam berdepan kesukaran yang dilalui sempena bulan Ramadan dan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

SumbeR: BorneoToday

3930