Majoriti Pesakit Covid-19 Di Sabah Adalah Lelaki – JKNS

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memaklumkan majoriti kes positif Covid-19 di negeri Sabah adalah lelaki.

Pengarahnya, Datuk Dr Christina Rundi berkata, setakat semalam, hasil analisis JKNS mendapati pecahan sebanyak 64 peratus daripada 306 jumlah kes positif Covid-19 di Sabah adalah lelaki yang berumur dalam lingkungan satu hingga 80 tahun.

Dr Christina berkata,  daerah Kinabatangan telah mencatatkan 22 kes Covid-19 semalam dan kesemua kes tersebut merupakan kluster tabligh Seri Petaling.

Jelasnya, daripada jumlah itu, sembilan kes telah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling, 10 kes adalah generasi pertama termasuk tiga kes semalam serta dua kes generasi kedua manakala satu kes adalah generasi ketiga.

676