Ingkar PKP: Pemandu Teksi Ditahan Bersama 250 Bungkus Rokok Pelbagai Jenama

Suspek bersama muatan rokok ditahan di dalam SJR jalan Utara-Merotai.

TAWAU; 20 APRIL 2020 (Isnin) – Seorang lelaki pemandu teksi ditahan selepas didapati membawa muatan 250-bungkus rokok seludup pelbagai jenama ketika cuba melepasi Sekatan Jalan Raya (SJR) di Jalan Utara – Merotai, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Anak Umbuas dalam kenyataannya berkata, suspek didapati tidak mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagaimana dikuatkuasakan kerajaan Selain melakukan kesalahan memiliki rokok seludup.

Kesemua rokok pelbagai jenama itu dipercayai di beli di terminal bas (Apas) di Tawau dan hendak dibawa ke Merotai Besar menggunakan teksi dipandu suspek.

Suspek bersama muatan rokok ditahan di dalam SJR jalan Utara-Merotai.

Pasukan keselamatan yang mengawal SJR di kawasan tersebut melakukan pemeriksaan lanjut selepas mendapati suspek dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 10.20 pagi.

Melalui pemeriksaan itu, pasukan keselamatan telah menjumpai kesemua rokok seludup berkenaan yang disimpan didalam kotak besar dan diletakkan di ruang penyimpanan barang teksi berkenaan. H

asil pemeriksaan lanjut mendapati, suspek membawa muatan rokok sebanyak 60 bungkus rokok jenama Astro Merah, 10 bungkus rokok jenama Astro Hijau, 70 bungkus rokok jenama LA dan 110 bungkus rokok jenama Premium.Kesemua rokok berkenaan dirampas dan teksi dipandu suspek turut ditahan.

Pemeriksaan lanjut juga mendapati teksi berkenaan merupakan teksi sewaan yang disewa suspek secara bulanan dengan kadar 350-ringgit sebulan milik sebuah syarikat.

ACP Peter berkata, hasil semakan turut mendapati suspek memiliki rekod jenayah lampau pernah ditahan dibawah Seksyen 15 (1)(c) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1953 pada tahun 2003.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 3) 2020.

Sumber: BESTAWAUFM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *