“Sudahlah Ingkar PKP, ‘COD’ Arak Lagi”

LAHAD DATU: Padah cuba ‘COD’ arak, seorang lelaki tempatan bukan sahaja ditahan akibat ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (MCO), tetapi turut dikenakan tindakan kerana dipercayai menjual arak yang diseludup dari negara jiran di Pos Kawalan Polis Bantuan Felda, Pintu 55, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 6.55 petang itu, suspek, 58, ditahan sepasukan pihak berkuasa yang melakukan sekatan jalan raya sempena perlaksanaan MCO.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, ketika ditahan, suspek dalam perjalanan menaiki sebuah Perodua Alza.

“Suspek mengaku dalam perjalanan Ke Kampung Membatu, Tungku untuk menjual arak.

“Bagaimanapun, alasan itu tidak munasabah memandangkan jarak kediaman suspek dengan lokasi ditahan melebihi 10 kilometer,” katanya menerusi kenyataan media.

Dalam masa sama, suspek juga gagal mengemukakan dokumen yang membolehkannya dikecualikan dari MCO.

“Turut ditemukan 83 botol arak dipercayai diseludup dari Filipina dianggarkan bernilai lebih RM1,700.

“Sehubungan itu, selain melakukan kesalahan ingkar MCO, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya.

SumbeR: BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *