APMM Periksa 878 Bot Di Sabah & Labuan

Maritim Sabah membuat rondaan sekitar perairan Sabah dan Labuan bagi memastikan masyarakat patut terhadap PKP.

KUALA LUMPUR : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memeriksa sebanyak 878 buah bot di perairan Sabah dan Labuan sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah APMM Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Rosli Abdullah berkata, sebahagian besar bot yang diperiksa adalah bot nelayan tradisional, manakala aktiviti lain seperti bot barter trade, feri dan bot penambang.

APMM Sabah membuat rondaan sekitar perairan Sabah dan Labuan bagi memastikan masyarakat patut terhadap PKP.

Menurutnya, aktiviti rekreasi menunjukkan pengurangan yang amat ketara, sekali gus membuktikan komuniti maritim khususnya di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan patuh kepada arahan PKP yang dikeluarkan oleh kerajaan.

“Setakat ini APMM Sabah masih belum ada melakukan sebarang tangkapan atas kesalahan mengingkari arahan PKP ini,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.APMM Sabah membuat rondaan sekitar perairan Sabah dan Labuan bagi memastikan masyarakat patut terhadap PKP.

Mohd Rosli berkata, antara situasi dihadapi anggotanya semasa menguatkuasakan arahan PKP ini adalah pertanyaan berkenaan aktiviti menangkap ikan oleh nelayan pesisir pantai sama ada dibenarkan atau tidak.

Katanya, aktiviti berkenaan dibenarkan bagi kelangsungan hidup mereka, namun tidak membenarkan aktiviti memancing untuk tujuan rekreasi atau hobi.

“Sekiranya dikesan masih ada yang ingkar, mereka boleh didakwa mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Kita memohon agar patuh kepada arahan PKP ini dan arahan-arahan lain yang dikeluarkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa,” katanya. – Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *