Penduduk Pulau Gaya & Sembulan Tiada Tercicir Dari Dapat Bantuan

Sumber Foto Facebook Junz Wong

KOTA KINABALU: Tiada penduduk di kawasan Pulau Gaya dan Sembulan tercicir dari menerima bantuan makanan yang disediakan kerajaan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Junz Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru berkata, bantuan makanan tambahan turut diagihkan kepada penduduk di kawasan berkenaan.

“Agihan pada hari Isnin (30 Mac) adalah tambahan kepada rumah-rumah yang tertinggal dari senarai 4,860 pek makanan yang diedarkan minggu lepas.

Sumber Foto Facebook Junz Wong

“Aktiviti yang dijalankan untuk Pulau Gaya melibatkan 1,000 kotak telur, 600 karton air, 200 kampit beras, dan 500 pek makanan.

“Pada masa yang sama, 500 kampit beras, telur dan pek makanan diagihkan di sekitar kawasan Sembulan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Junz berkata, pihaknya memberi jaminan tiada penduduk yang tercicir dari menerima bantuan berkenaan.

Beliau komited dalam memastikan setiap rumah menerima bantuan sebagaimana yang ditetapkan kerajaan.

Sumber Foto Facebook Junz Wong

Dalam pada itu, beliau meminta penduduk yang belum menerima agihan pek makanan supaya menghubungi wakil yang berkenaan kerana pek-pek makanan sudah ada disediakan.

Katanya, penduduk di Pulau Gaya boleh menghubungi tiga talian iaitu 018-874 8817 (Eddy) bagi Kampung Lok Kirai; 010-968 5880 (Amy dan Ustaz Jamil) bagi penduduk Kampung Pondoh dan 012-866 3380 (Haji Bantilan) untuk kawasan Pulau Gaya.

Selain itu, penduduk di Sembulan boleh menghubungi talian 017-812 7161 (Wahab) bagi Blok A dan B Sembulan Lama dan penduduk di Sembulan Tengah boleh menghubungi talian 016-840 3868 (Amat Mani). – Utusan Borneo

751