COVID-19: Kerajaan Sabah Ingatkan Rakyat Terus Amalkan Jarakan Sosial

KOTA KINABALU, 31 Mac: Kerajaan negeri Sabah hari ini sekali lagi mengingatkan rakyatnya untuk terus mematuhi sekali gus mengamalkan jarakan sosial, dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 di negeri ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong dalam kenyataannya hari ini berkata, ini adalah selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, garis panduan mengenai amalan jarakan sosial untuk Malaysia yang telah dikeluarkan oleh KKM pada 13 Mac lepas, hendaklah dipatuhi sepenuhnya.

BERNAMA

789