‘Tsunami’ Gelombang Ketiga Covid-19 Dijangka Berlaku

KOTA KINABALU: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Nor Hisham Abdullah berkata, tsunami gelombang ketiga wabak Covid-19 dijangka berlaku di negara ini berikutan jumlah besar rakyat Malaysia yang pergi bercuti ke luar negara ketika tempoh cuti sekolah awal bulan ini.

Katanya, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan ketika ini juga adalah sebahagian daripada persediaan untuk menghadapi gelombang ketiga.

“Kami menjalankan PKP ini sebagai persiapan untuk ekspektasi kami, di mana tiga minggu lalu kami fikir akan ada gelombang ketiga, atau apa yang kami panggil tsunami,” katanya dalam sidang media beliau di ibu negara, hari ini.

Noor Hisham berkata, pihak berkuasa kesihatan mendapati ramai rakyat Malaysia meninggalkan negara ini untuk bercuti sepanjang tempoh itu, termasuk ke Jepun dan Korea walaupun negara-negara berkenaan dikenal pasti sebagai berisiko tinggi untuk dilawati bersama Itali dan Iran.

Beliau turut mendedahkan terdapat kementerian memberi kelulusan kepada 8,000 kakitangannya untuk bercuti di luar negara – Berita Sabah

1339