Bomba Bertungkus Lumus Padam Kebakaran Hutan Di Country Height Penampang

KOTA KINABALU: Sepasukan anggota bomba bertungkus lumus memadam kebakaran hutan berhampiran kawasan Apartment Country Heights, Jalan Bantayan Minintod, di sini, terbakar, lewat petang tadi.

Operasi pemadaman kebakaran dianggarkan empat hektar itu masih dijalankan oleh sepasukan bomba.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6 petang tadi dan seramai 15 anggota termasuk pegawai dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan Kota Kinabalu bergegas ke lokasi kebakaran.

“Kebakaran membabitkan hutan yang berhampiran kawasan perumahan dan usaha pemadaman terus dijalankan.

“Dianggaran keluasan kebakaran kira-kira empat hektar,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, operasi pemadaman masih dijalankan untuk mengawal api daripada merebak.

“Sehingga kini operasi pemadaman sedang dijalankan dan maklumat terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa,” katanya.

1436