Latheefa Koya Letak Jawatan

Latheefa Koya menemui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Putrajaya.

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya mengesahkan sudah menyerahkan surat peletakkan jawatannya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Isnin lalu.

Latheefa bagaimanapun berkata, ia tertakluk kepada kelulusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Ia adalah keputusan saya sendiri. Spekulasi yang mengatakan saya ditekan untuk berbuat demikian tidak berasas.

“Niat saya adalah untuk kembali praktis sebagai peguam hak asasi, ” katanya melalui kenyataan, di sini hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *