‘Biar Saya Jalankan Tugas’ – Mesej Agong Pada Semua

Baginda yang turun mencemar duli menyampaikan sumbangan makanan di Pintu 2 Istana Negara sempat bertegur sapa dengan wakil media di sini.

KUALA LUMPUR: “Biar saya jalankan tanggungjawab. Saya harap kita dapat mencari penyelesaian terbaik untuk negara,” titah tingkas Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda yang turun mencemar duli menyampaikan sumbangan makanan di Pintu 2 Istana Negara sempat bertegur sapa dengan wakil media di sini.

Baginda yang memandu sendiri kenderaannya turut akui cuaca hari ini panas.

Sebelum itu, pihak media dibawa masuk ke Istana Negara bagi mengikuti taklimat media berkenaan apa yang akan berlaku di Istana Negara sepanjang hari ini dan esok.

Kesemua Ahli Parlimen kecuali Tun Dr Mahathir Mohamad dipanggil menghadap dengan 90 daripada mereka akan mula menghadap secara peribadi jam 2.30 petang ini, manakala selebihnya akan menghadap YDP Agong esok.

Sumber: Awani

4415