Pekerja Pembinaan Gempar Jumpa Bom Perang Dunia Kedua Di Labuan

Anggota bomba sedang bertungkus lumus menajalankan operasi memadan kebakaran membabitkan lima deretan rumah kayu di Jalan Kepayang di Kampung Kepayang di sini. Foto Ihsan BOMBA

LABUAN: Sekumpulan pekerja pembinaan di kawasan bukit belakang Kampung Tanjung Kubong, di sini, gempar dengan penemuan sebutir bom lama dipercayai tinggalan Perang Dunia Kedua, hari ini.

Bom jenis ‘Ariel Bom’ berat hampir 250 kilogram ditemui pekerja ketika melakukan aktiviti mengorek dan meratakan tanah untuk tapak pembinaan, jam 9.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad, berkata bertindak atas laporan itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan bersama lima anggota Unit Pemusnah Bom (UPB) bergegas ke lokasi untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan bom itu masih mempunyai sifat yang lengkap dan mengesahkan objek itu adalah sebutir bom jenis ‘Ariel Bom’ dipercayai peninggalan perang dunia ke-2.

“Terdapat penempatan dan bangunan yang berhampiran tempat objek itu ditemui pada jarak dalam anggaran 100 ke 250 meter dari objek berkenaan.

“Susulan itu, polis mengambil langkah keselamatan dengan membuat kawalan di sekeliling objek yang ditemui dan dipasang pita keselamatan polis,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Muhamad berkata, tindakan pemusnahan objek dijalankan oleh anggota UPB IPD Labuan.

“Ketika tugas pemusnahan dilaksanakan, tiada kerosakan harta benda awam serta kecederaan berlaku,” katanya. – Berita Harian

2215