Lelaki Tersepit Kereta Dipandu Bertembung Lori Di Jalan Ranau – Kundasang

Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian pemandu.

RANAU: Seorang pemandu lelaki tersepit selepas terbabit dalam pertembungan dua kenderaan di Jalan Ranau – Kundasang di sini.

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Becket Gumat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.49 malam dan menggegaskan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau ke lokasi.

“Kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis sedan yang bertembung dengan lori menyebabkan pemandu kereta sedan tersepit di tempat duduk hadapan.

“Anggota bomba melakukan operasi mengeluarkna mangsa menggunakna kaedah kebombaan dan mangsa yang parah berjaya dikeluarkan sebelum diberi rawatan awal oleh Pasukan EMRS,” katanya.

Menurutnya mnagsa kemudiannya dihantar ke Hospital Ranau bagi menerima rawatan selanjutnya dan operasi keseluruhan ditamatkan jam 12.25 pagi. – Utusan Borneo

2721