Dua Gajah Pygmy Borneo Ditemui mati

Gajah Pygmy Borneo ditemui mati pada hari ini. Foto Ihsan JHL

KINABATANGAN: Tiga ekor gajah Pygmy Borneo dilaporkan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Sukau dan seekor lagi di sebuah ladang kelapa sawit di Tongkulap, Sandakan berdekatan Hutan Simpan Deramakot.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuuga, berkata seekor daripada tiga ekor gajah itu dilaporkan mati pada Sabtu dan seekor lagi hari ini.

“Kedua-duanya adalah gajah dewasa dan kami masih menunggu laporan lanjut.

“Siasatan lanjut masih diteruskan termasuk kes di Sukau dan laporan penuh mengenainya masih disiapkan. Bagi kes hari ini pula anggota bertugas sedang menuju ke lokasi,” katanya.

Katanya, kematian dua gajah itu menjadikan ia kes ketiga direkodkan untuk tahun ini

“Awal Januari berlaku satu kematian gajah yang di Sukau, pada awalnya kejadian itu disembunyikan namun kami menerima laporan mengenainya dan siasatan masih giat dijalankan,” katanya.

Untuk rekod, tahun lalu sebanyak 25 ekor gajah dilaporkan mati di Sabah.

Berita Harian

947