LAHAD DATU: Seorang ibu bersama bayinya ditemui meninggal dunia dipercayai akibat jatuh dari tingkat enam sebuah hospital di Lahad Datu, pagi hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 8 pagi tadi, remaja berusia 16 tahun itu jatuh dari bangunan berkenaan bersama bayi perempuannya yang berusia lima bulan, bagaimanapun punca kejadian masih belum diketahui.
Difahamkan, bayi kepada remaja itu menerima rawatan di hospital berkenaan, namun Harian Metro belum menerima maklumat lanjut mengenainya.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan kejadian dan memaklumkan bayi berkenaan pesakit di hospital terbabit.
“Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan dan pihak kami akan memaklumkan sebarang perkembangan siasatan,” katanya.
Harian Metro