Serkup Kepala Elak Koronavirus

Warga China menggunakan botol plastik untuk melindungi diri. Foto Agensi

Warga China di seluruh dunia dilihat memakai bekas dan beg plastik di kepala mereka bagi melindungi diri daripada koronavirus.

Daily Mail melaporkan, beberapa gambar tersebar di media sosial menunjukkan tindakan terdesak beberapa individu untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti virus yang kini meragut 130 nyawa.

Foto Agensi

Seorang penumpang, Marina Jambrina memaklumkan Western Australian, kebanyakan penumpang pesawat menggunakan topeng muka.

“Ketika berada di Shanghai, saya tidak nampak mana-mana individu tidak memakai topeng muka. Saya tidak pernah melihat keadaan seperti ini dan ia agak menakutkan,” katanya.

Foto Agensi

Di beberapa bandar di China, topeng muka sudah habis dijual menyebabkan orang awam terpaksa memikirkan cara lain untuk melindungi diri. – Agensi

986