16 Daripada 25 Warganegara China Di Bawah PUI Di Sabah Disahkan Bebas Jangkitan Koronavirus

Datuk Dr Christina Rundi

TUARAN, 30: Jan Seramai 16 daripada 25 warganegara China yang diletakkan di bawah kategori suspek jangkitan (PUI) 2019 novel koronavirus di Sabah, disahkan bebas daripada penyakit itu selepas tidak menunjukkan sebarang simptom.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr Christina Rundi bagaimanapun berkata sembilan lagi warganegara China di bawah PUI berkenaan masih di wad isolasi di hospital rujukan koronovirus di Sabah sementara menunggu keputusan  laporan makmal daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), di Kuala Lumpur. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran talian Sabah Healthline, di Auditorium Institut Tadbiran Negara (INTAN), kampus Sabah di sini, hari ini yang disempurnakan oleh Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Frankie Poon Ming Fung.

Dalam pada itu Christina menasihatkan orang ramai supaya tidak panik sekiranya melihat individu di hospital yang memakai pakaian bagaikan ‘angkasawan’, kerana menurutnya ia adalah Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam mengendalikan kes yang disyaki penyakit berjangkit.

BERNAMA

617