Pengundian PRK Kimanis Bermula Pagi Ini

Pengundi sabar beratur menunggu giliran mengundi.

MEMBAKUT: Proses pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen P176 Kimanis bermula jam 7.30 pagi ini melibatkan sebanyak 19 pusat mengundi dan 68 saluran.

Tinjauan Utusan Borneo di beberapa lokasi di Membakut dan Bongawan mendapati pengundi keluar awal untuk menunaikan tanggungjawab bagi memilih Ahli Parlimen baharu.

Pengundian bermula 7.30 pagi.

Setakat ini, proses pengundian berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Parlimen Kimanis mempunyai dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Membakut dan Bongawan membabitkan jumlah pengundi keseluruhan seramai 29,664 orang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *