Terpaksa Pikul Penagih Pura-Pura Pengsan

Anggota polis terpaksa memikul suspek selepas berpura-pura pengsan.

KUNAK: Seorang lelaki berpura-pura pengsan bagi mengelak dirinya dicekup Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Kunak selepas beg miliknya didapati mengandungi dadah jenis syabu dalam serbuan di sebuah Rumah di Kampung Kunak 3, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kunak, Supritendan Baharin Md Tahir dalam kenyataan berkata, tindakan lelaki berumur 22 tahun berkenaan mengakibatkan anggota serbuan terpaksa memikul suspek untuk dibawa keluar dari lokasi serbuan.

Anggota polis terpaksa memikul suspek selepas berpura-pura pengsan.

Beliau berkata, dalam Operasi kira-kira pukul 9 pagi itu, suspek dipercayai sedang tidur di luar rumah terbabit.

Pemeriksaan lanjut kemudian mendapati beg yang berada berhampiran suspek menemui satu kotak Hitam yang didalamnya mengandungi 9 tiub plastik jernih disyaki mengandungi ketulan hablur jernih syabu dengan anggaran berat 5.12 gram bernilai 768-ringgit. Turut ditemui satu gunting dan pemetik api.

Suspek yang dibawa ke balai Polis akan disiasat dibawah Seksyen 39A (1) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut Supritendan Baharin, suspek pernah ditahan berikutan mempunyai lima rekod Jenayah lampau berkaitan penagihan dadah di Kunak.

Anggota polis terpaksa memikul suspek selepas berpura-pura pengsan.
Suspek sedar apabila tiba di balai polis.
3712