Pelancong China Disengat Obor-Obor Di Pantai Tanjung Aru

Keadaan kaki kanak-kanak warga China yang mengalami kecederaan selepas disengat obor-obor.

KOTA KINABALU: Seorang pelancong kanak-kanak warga China mengalami kecederaan pada bahagian kaki selepas disengat obor-obor semasa beriadah di Pantai Tanjung Aru di sini kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

Menurut ibu mangsa, kejadian disedari apabila beliau mendengar anaknya yang ketika itu berada di pesisir pantai berteriak sebelum melihat sekumpulan obor-obor di dalam air dengan sebahagiannya berada di kaki anaknya.

Ibu mangsa kemudiannya membawa anaknya ke Jabatan Kecemasan Hospital Queen Elizabeth (HQE) bagi mendapatkan rawatan segera dan semasa berada di dalam kereta, ibu mangsa mendakwa anaknya tidak sedarkan diri selama 30 hingga 40 saat.

Mangsa bagaimanapun kini berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan daripada pihak hospital.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *