PITAS: Seramai empat lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri ketika berada di Dataran Bangkoka, semalam.
Dalam kejadian pukul 8 malam itu, suspek terdiri daripada warga Indonesia dan Filipina berumur antara 20 hingga 49 tahun itu ditahan dalam kejadian berasingan di atas bagang.
Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander (M) Boon Chin Chau mengesahkan penahanan tersebut menerusi kenyataan media, hari ini.
“Hasil pemeriksaan mendapati dua daripadanya adalah warga Filipina dan dua orang lagi berasal dari Indonesia.
“Bagaimanapun, semua suspek gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri ketika ditahan,” katanya.
Sehubungan itu, semua suspek ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63.