Pekerja Ladang Maut, Motosikal Hilang Kawalan

Mayat mangsa dan motosikal di atas jalan raya.

KINABATANGAN: Seorang pekerja ladang maut selepas motosikal ditungganginya terbabas di Kilometer 138 Jalan Sandakan – Lahad Datu, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan Dzulbaharin Haji Ismail berkata, mangsa dikenali sebagai Udin Zainudin, 38, seorang warga Indonesia meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal polis yang dibuat oleh Pegawai Penyiasat Inspektor Burhan Masri mendapati mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha LC dengan kelajuan di satu jalan lurus dalam keadaan hujan yang menyebabkan motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu terjatuh di atas jalan dalam lorong menghala ke Lahad-Datu,” katanya.

Beliau berkata akibat kejadian jam 10.40 malam, mangsa mengalami kecederaan yang teruk di bahagian kepala.

“Mayat mangsa kemudiannya dihantar oleh pihak polis ke Kamar Mayat Hospital Kinabatangan untuk dibedah siasat,” katanya.

Dzulbaharin berkata motosikal milik mangsa di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan bagi tindakan Puspakom.

Beliau berkata kes itu akan disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

2631