Sabah Sasar Empat Juta Pelancong Tahun 2020

 Assaffal mengalungkan cendera kenangan sebagai kepada pelancong kanak-kanak.
Assaffal mengalungkan cendera kenangan kepada pelancong kanak-kanak.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mensasarkan empat juta pelancong melawat ke Sabah pada tahun 2020.  

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Assaffal P. Alian berkata berbanding sasaran 30 juta pelancong dengan hasil pendapatan RM100 bilion,

 Gimik pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2020. 
Gimik pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2020. 

Kerajaan Sabah turut menyasarkan empat juta pelancong yang bakal memberi pulangan hasil RM8 bilion.

Beliau berucap demikian ketika merasmikan Majlis Sambutan di Pintu Masuk Utama Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini.

Dalam ucapannya, beliau turut menggesa agar semua pemain industri pelancongan memberi sokongan sepenuhnya kepada kempen kerajaan berkenaan.

“Oleh itu, saya menyeru kepada pemain industri pelancongan agar memberi sokongan dalam bersama-sama kita menjayakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.

 Assafal (tengah) merakam kenangan bersama para jawatankuasa penganjur pada majlis tersebut.
Assafal (tengah) merakam kenangan bersama para jawatankuasa penganjur pada majlis tersebut.

“Para pemain industri ini terutamanya di  Sabah perlu ingat bahawa industri ini berkisar mengenai hospitaliti dan perhubungan baik sesama manusia.

“Jadi, sila berikan mereka layanan terbaik dan pastikan mereka (pelancong) pulang membawa kenangan yang terbaik yang akan mereka ceritakan setelah mereka pulang ke tempat asal mereka,” jelasnya.

Tambah Assafal, seramai 145 pelancong berserta tujuh krew kabin yang tiba dengan pesawat Malaysia Airlines MH69  dari Taipei diraikan dalam majlis berlangsung serentak di 22 lokasi di seluruh negara. 

Mereka turut dihiburkan dengan persembahan kebudayaan oleh Era Budaya Papar dan Orkestra Bambu Kumpulan Kinabalu Merdu Sound (KMS) Kundasang yang diketuai Kohadie Watiman. 

Pada majlis yang itu, Assafal juga mengedarkan pelekat Tahun Melawat Malaysia 2020 pada teksi, van dan bas persiaran sebagai salah satu usaha untuk mempromosikan Tahun Melawat Malaysia.

Sumber: Jabatan Penerangan Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *