Van & Motosikal Musnah Dalam Kebakaran 11 Rumah Di Kampung Paris

Pasukan bomba dan penyelamat memadam kebakaran yang belaku di Kampung Paris 3 awal pagi tadi – Foto Ihsan Pembaca

KINABATANGAN: Seorang cedera ringan dalam kebakaran yang memusnahkan dua blok rumah sewa di Kampung Paris 3, Kinabatangan, awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 2.10 pagi lalu menghantar aset ke lokasi diketuai Pegawai Penguasa Bomba, Nurul Azlan Shah Jamalludin bersama lima anggota.

Foto Ihsan Pembaca

“Komander operasi memaklumkan terdapat dua blok rumah sewa musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu, melibatkan sebuah blok rumah tiga pintu dan sebuah blok lagi mempunyai lapan pintu.

“Turut musnah dalam kebakaran itu adalah sebuah van dan motosikal, operasi memadam kebakaran menggunakan satu aliran sumber air dari jentera bomba dan pili bomba berhampiran,” kata JBPM.

Menurut agensi itu, operasi terkawal pada pukul 3.16 pagi dan tamat sepenuhnya pada 6.47 pagi.

Jelasnya, operasi pemadaman turut dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Paris manakala punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.

Keadaan rumah block yang musnah terbakar – Foto Ihsan Pembaca

1769