18 Peserta Sabah Harumkan Nama Negara Di Cambodia

Pelajar negara yang telah memenangi pingat dalam pertandingan tersebut. – Gambar UCMAS TAWAU

TAWAU: 18 peserta Sabah berjaya mengharumkan nama negara dengan meraih pingat dalam pertandingan UCMAS International Abacus & amp Mental Arithmetic kali ke 24 di The Premier Center Sen Sok, Phnom Penh, Cambodia baru-baru ini.

Pertandingan tersebut melibatkan 7,000 peserta daripada 40 buah negara dan telah dirasmikan oleh Pengasas dan Presiden UCMAS International Prof. Dr. Dino Wong.

Pelajar negara yang telah memenangi pingat dalam pertandingan tersebut. – Gambar UCMAS TAWAU

Peserta negeri yang dihantar ke Cambodia menyertai pertandingan itu dipimpin oleh Jannetces Lim Ming Choo Guru Besar Pusat Aritmatik Mental UCMAS Tawau & amp UCMAS Negeri Sabah dan Labuan, Cecilia Ng Chen Mei Guru Besar Pusat Aritmatik Mental UCMAS Lahad Datu dan Shirley Liaw Shek Li Guru Pusat Aritmatik Mental UCMAS Lahad Datu.

Menteri Pendidikan Cambodia, Dr. Hang Chuon Naron juga mengumumkan UCMAS telah berjaya mendapat pengiktirafan daripada ‘Asia Book Of Records’ kerana mengadakan pelajaran sampoa terbesar di seluruh dunia manakala di Pusat Premier Center Sen Sok, Phnom Penh, Cambodia juga sudah mencecah  2,231 orang peserta yang menyertainya.

Pelajar negara yang telah memenangi pingat dalam pertandingan tersebut. – Gambar UCMAS TAWAU

Presidennya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua rakan kongsinya daripada pelbagai negara kerana mewujudkan  Institusi Pendidikan ini di negara masing-masing sehingga dinobatkan sebuah pendidikan yang terbesar di Asia.

Beliau beranggapan kejayaan itu merupakan hasil sokongan daripada semua guru besar dan guru-guru dari setiap Pusat Aritmetika Mental UCMAS serta semua ibu bapa kerana menjadikan pendidikan ini sebagai pilihan pembelajaran.

Antara pelajar yang berjaya membawa pingat ialah Dafhney Tee Chai Yen, Michael Hong Chun, Tee Hong Yap, Sofia Noorhaslinda Sabri,  Nicole Hong Qian, Stevano Gunawan Ho, Crevan Chong Chau Shen, Chin Li Yi, Caldan Chin Yung Qi, Low Siew Rou, Rania Raihanah Abd Rahman, Vivian Hong Ying, Nurul Farahiya Ilyana Jaiby, Lam Jie Key @ Ong Jie Key, Leong Wen Jia, Chin Xin Yan,  Lim Xin Yie dan Tee Jie Yi.

Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *