Rumah & Kereta Musnah Kebakaran Di Membakut

Gambar Ihsan Bomba

MEMBAKUT: Sebuah rumah jenis separuh kekal musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran yang berlaku di Kampung Tahak, Membakut pada pukul 10.30 pagi kelmarin.

Api yang marak begitu cepat turut memusnahkan sebuah kereta jenis Proton Wira, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Gambar Ihsan Bomba

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, pusat gerakan operasinya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada pukul 10.42 pagi.

Kata jabatan itu, sehubungan itu, sepasukan bomba melibatkan seorang pegawai dan tujuh anggota bergegas ke tempat kejadian yang terletak 23 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort.

“Api dapat dikawal pada pukul 12.06 tengah hari dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira 30 minit kemudian,” kata jabatan itu.

2524