15 PTI Warga Filipina Ditahan Di Lahad Datu

Antara PTI yang ditahan dalam operasi berkenaan. – Gambar Ihsan PPM

LAHAD DATU: 15 Warga Filipina berjaya ditahan dalam Operasi Inter Agensi Pasukan Polis Marin (PPM) bersama Jabatan Imigresen di kawasan Kampung Tong Batu Lok Damai, Pulau Sakar, Lahad Datu, tengah hari tadi.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali dalam kenyataan medianya berkata, kesemua mereka iaitu 10 lelaki dan 5 wanita berumur 3 hingga 50 tahun ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Antara PTI yang ditahan dalam operasi berkenaan. – Gambar Ihsan PPM

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati kesemua suspek gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah selain mengakui secara lisan berasal dari Filipina.

Katanya, kesemua suspek akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Tegas, ACP Mohamad Pajeri, operasi berkenaan akan diteruskan sepanjang musim perayaam dan tahun baru bagi mengekang kehadiran Pendatang Tanpa Izin di Sabah.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan kerjasama masyarakat menyalurkan maklumat berhubung sebarang salah laku jenayah dan aktiviti mencurigakan di Perairan Sabah kepada pihak berkuasa.

#BESTAWAUfm

2565