Dadah: 31 Individu Ditahan Di Sekitar Inanam

Antara yang ditahan dalam serbuan tersebut. – Foto Ihsan PDRM

KOTA KINABALU: Polis menahan 31 individu dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam serbuan yang dijalankan sekitar Inanam bermula pada 14 hingga 20 Dis lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji dalam kenyataan hari ini berkata daripada jumlah itu seramai 26 individu adalah warga tempatan manakala lima lagi warga asing.

Antara yang diperiksa dalam serbuan tersebut. – Foto Ihsan PDRM

Habibi berkata kesemua individu itu berumur lingkungan 18 hingga 47 tahun dan disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

HABIBI MAJINJI

Beliau berkata polis turut merampas dadah jenis syabu seberat 22.7 gram yang dianggarkan bernilai RM1,137 berdasarkan harga semasa.

“Usaha membanteras pengedaran dan penagihan dadah di sekitar daerah ini akan terus dipertingkatkan dan orang ramai boleh menyalurkan sebarang maklumat ke talian IPD 088-529220 atau Facebook polis Kota Kinabalu,” katanya.

Foto Ihsan PDRM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *