Tenom Dilanda Banjir, 979 Mangsa Ditempatkan Di 10 PPS

Anggota bomba memindahkan mangsa banjir di Tenom.

KOTA KINABALU: Tenom menjadi daerah terbaru dilanda banjir, dengan jumlah keseluruhan mangsa di Pusat Penempatan Sementara (PPS) di daerah berkenaan sehingga hari ini seramai 979 mangsa daripada 259 keluarga.

Setakat ini, sembilan PPS di buka di kawasan Dewan Undang Negeri (Dun) Kemabong dan Melalap.

Proses pemindahan mangsa banjir di Tenom.

Antaranya PPS Maugus menempatkan seramai 263 orang; PPS Gumisi Ulu (31); PPS Gumisi Laut (64); PPS Labut 1 (118); PPS Lalandang (28)

Bagi PPS Angalor (10); PPS Labut 2 (84); PPS Pantugan Saga (37); PPS Ponotomon (246).

Proses pemindahan mangsa banjir di Tenom.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, kejadian bencana banjir berlaku di Tenom membabitkan 2 kawasan di Dun Kemabong dan Melalap dengan sembilan PPS telah dibuka untuk menempatkan mangsa banjir.

Katanya, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di Beaufort juga telah dibuka semula hari ini.

“Pemantauan oleh anggota bomba dan agensi lain kini sedang dilakukan di kawasan terbabit banjir.

“Pasukan bomba sentiasa bersiap sedia memindahkan penduduk sekiranya diperlukan di kawasan-kawasan yang terjejas banjir,” katanya.

SabahNewsToday

1815