Polis Cari Empat Lagi Anggota Geng Lius

KOTA KINABALU: Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu sedang memburu empat lagi suspek yang dipercayai anggota Geng Lius, yang terlibat dalam kes pecah rumah di enam daerah di Sabah sejak empat bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, empat suspek yang masih bebas ini dipercayai masih berada sekitar Kota Kinabalu.

Empat suspek Geng Lius Diburu Polis

Empat suspek ini merupakan anggota Geng Lius yang diketuai seorang warga asing berbangsa Timor yang berusia 24 tahun.

Empat suspek yang diburu ini ialah Adzaruddin Syameer Kamaruddin,23; Adzirul Kamarudin,24; Ali Rosli Baru,33; dan Mohd Raqib Abd Halim,35.

Geng Lius ini dipercayai melakukan kegiatan pecah rumah dan mencuri kenderaan di sekitar Kota Kinabalu, Ranau, Penampang, Tawau, Papar dan Kudat.

Dalam pada itu, sempena musim perayaan dan cuti persekolahan ini, Habibi turut mengingatkan orang ramai supaya meninggalkan rumah dalam keadaan berkunci dan memiliki sistem keselamatan yang baik di rumah.

Sekiranya ada yang melanggan surat khabar, pastikan surat khabar itu tidak terbiar untuk beberapa hari di luar rumah kerana keadaan itu memberi petanda rumah itu kosong dan ia membuka ruang kepada penjenayah untuk menyasarkan rumah berkenaan.

Bagaimanapun, pasukan peronda polis akan meningkatkan rondaan di sekitar kawasan perumahan di Kota Kinabalu ini agar aktiviti jenayah dapat dikurangkan.

Bagi golongan remaja pula, mereka diingatkan agar meraikan Tahun Baharu dan perayaan Krismas dengan berpada-pada serta tidak melanggar undang-undang.

BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *