Kanak-Kanak Perempuan Maut Dipercayai Jatuh Dari Rumahnya Di Perkampungan Atas Air

Penduduk menunjukkan lokasi mangsa dipercayai jatuh ke dalam air. Foto ihsan polis.

KANAK-KANAK LEMAS JATUH DALAM LAUT DI LABUAN

LABUAN: Seorang kanak-kanak perempuan berumur 21 bulan meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam laut dari rumah perkampungan atas air di Sebor, Saguking, di sini, Rabu.

Mayat Nor Saidah Abdul Said ditemui terapung di dalam air di bawah rumah oleh ibu bapanya kira-kira 11 malam ketika mereka mencarinya yang hilang dari bilik tidur rumah berkenaan.

Rumah usang yang rapuh mengakibatkan budak 21 bulan berkenaan jatuh ke laut.

Ketua Polis Daerah Labuan Supt Muhamad Farid Ahmad berkata ketika kejadian, ibu bapa kanak-kanak itu berada di ruang tamu manakala anak mereka berada di bilik tidur bersendirian.

“Kanak-kanak itu dipercayai terjatuh melalui dinding papan lapis yang tidak kukuh di bilik tidur berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Keadaan rumah uzur dan mangsa dipercayai terjatuh ke dalam air menerusi dinding yang rosak. – Foto Ihsan Polis

Ibu bapa kanak-kanak itu cuba menyelamatkan Nor Saidah selepas menariknya keluar dari air tetapi usaha mereka tidak berhasil.

Kanak-kanak itu kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan hasil bedah siasat mendapati kanak-kanak itu meninggal dunia akibat lemas selepas mengalami komplikasi paru-paru.

BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *