Wanita Rentung Selepas Kereta Dipandu Bertembung Toyota Revo

Pasukan bomba bertindak memadam api di kenderaan Proton Saga terbabit. Gambar Ihsan JBPM

LAHAD DATU – Seorang wanita rentung apabila kereta dinaiki terbakar selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di Jalan Dam Simpang Putatan di sini awal pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Pegawai Bomba Kanan II, Julkifli Harry berkata, wanita yang menaiki Proton Saga itu rentung manakala seorang individu menaiki Toyota Revo cedera ringan.

Seorang wanita yang memandu kenderaan Proton Saga rentung selepas kenderaannya bertembung dengan Toyota Revo. Gambar Ihsan JBPM

Katanya, seramai lapan anggota bergerak ke lokasi kejadian dengan jarak 6.3 kilometer dari BBP Lahad Datu setelah menerima panggilan kecemasan berkenaan kemalangan terbabit pada 6.24 pagi.

“Operasi tamat sepenuhnya pada 7.11 pagi dan kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *