Amaran Cuaca Waspada Di Sabah & Labuan 5-6 November

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca Waspada (kuning) bagi negeri Sabah dan Labuan berikutan tekanan rendah dikesan di barat perairan Filipina.

Keadaan ini dijangka mengakibatkan hujan lebat berserta angin kencang di kawasan-kawasan terbabit bermula esok sehingga 6 November 2019.

Kawasan terlibat ialah kawasan Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud, Kuala Penyu, Beaufort, Kudat; dan Labuan.

Dalam tempoh berkenaan kehadiran sistem tekanan rendah tersebut turut menyebabkan angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Pantai Barat Sabah dan -SabahNewsToday

2771