Adik Rentung, Abang Melecur Dalam Kebakaran Rumah Di Tuaran

Rumah mangsa yang musnah dalam kebakaran awal pagi kelmarin.

TUARAN: Seorang kanak-kanak rentung manakala abangnya melecur selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Melisou Tenghilan awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, Joshua Patrick, 4, ditemukan rentung manakala abangnya, Christen, 6, melecur di tangan dan kaki.

Anggota bomba berusaha memadam api.

Seorang lagi mangsa, Mitah Diki, 64, turut mengalami kecederaan dan trauma.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.06 pagi.

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran bergegas ke tempat kejadian dengan jarak sejauh 20 kilometer menggunakan dua jentera kecemasan Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bersama 11 anggota termasuk seorang pegawai.

“Laporan  komander operasi menyatakan kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal yang telah terbakar 90 peratus,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurut bomba, mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Tuaran menggunakan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan manakala mangsa yang rentung diserahkan kepda pihak polis.

“Operasi terkawal pada pukul 5.55 pagi dan tamat sepenuhnya pada 6.48 pagi. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat,” katanya.

BorneoToday

780