Buat Julung Kalinya!! Pertandingan Lelaki Buncit Di Sabah, Juara Akan Bawa Pulang Wang Tunai

Golongan lelaki dengan saiz pinggang paling besar akan menjadi juara

Kita mungkin biasa mendengar tentang pertandingan ratu cantik dan juga bina badan seluruh dunia yang mencari mereka yang mempunyai bentuk badan menarik.

Namun buat julung kalinya, mereka yang mempunyai perut buncit akan diberikan pengiktirafan kerana terdapat satu pertandingan perut buncit akan diadakan di Sabah.

Bertempat di Kompleks Sukan Beaufort, Sabah, pertandingan akan diadakan pada 1 Disember 2019 ini menyasarkan golongan lelaki dengan saiz pinggang paling besar. Ia terbuka kepada mereka yang berusia sekurang-kurangnya 30 tahun.

Menurut penganjur, idea disebalik pertandingan ini diadakan adalah bagi meraikan mereka yang buncit dan wanita seharusnya merasa bangga mempunyai pasangan seperti ini.

Tambah lagi, juara akan membawa pulang wang tunai RM400, tempat kedua RM300 dan tempat ketiga RM200. Hadiah saguhati pula akan diberikan sebanyak RM50.

Sumber: Malay Mail

89