5 Rumah Rosak Selepas Dilanda Angin Kencang Di Sook

Bumbung salah satu rumah yang rosak akibat diterbangkan angin kencang di Kampung Bunang Ulu, Sook.

KENINGAU: Kejadian angin kencing di Kampung Bunang Ulu, Sook, di sini petang semalam menyebabkan lima buah rumah rosak dengan ada yang bumbungnya diterbangkan angin selain ditimpa pokok.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian angin yang menyebabkan pokok tumbang menghempap rumah, jam 6.33 petang.

Rumah ditimpa pokok dalam kejadian angin kencang di Kampung Bunang Ulu, Sook.

“Bertindak atas maklumat itu sebuah jentera dengan kekuatan seramai tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook digerakan ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaan mendapati lima buah rumah rosak yang mana empat buah rumah rosak akibat bumbung diterbangkan manakala sebuah rumah ditimpa pokok,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Bumbung salah satu rumah yang rosak akibat diterbangkan angin kencang di Kampung Bunang Ulu, Sook.

Menurutnya, pasukan bomba menjalankan pemantauan dan pemeriksaan terhadap rumah yang rosak dan seterusnya memotong dahan pokok yang tumbang menghempap rumah.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan terbabit dan operasi tamat jam 7.05 malam tadi,” katanya. -SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *