Bayi Masih Bertali Pusat Ditemui

Gambar Hiasan

SANDAKAN: Bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di Taman Ujana Elopura, Bakri Batu 2 ½ di Sandakan pada pagi semalam.

Bayi yang masih dalam keadaan bertali pusat itu ditemui pada 12.30 tengah malam oleh orang awam yang memancing di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, pemancing terbabit kemudiannya segera menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya.

“Bayi itu kemudiannya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) untuk diberikan rawatan lanjut.

“Setakat ini, waris kepada bayi terbabit masih belum dapat dikenal pasti tetapi polis percaya bayi itu baru dilahirkan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mohd Azhar berkata, keadaan bayi terbabit kini dilaporkan dalam stabil.

Sehubungan itu, Mohd Azhar minta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan bayi yang ditinggal itu itu supaya tampil membantu siasatan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyembunyikan kelahiran bayi.

Harian Metro

61