APMM Tawau Tahan Juragan Cuba Seludup 3 Mesin Judi

Bot bersama mesin judi yang ditahan APMM. Foto Ihsan APMM

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggagalkan cubaan seorang lelaki membawa keluar tiga unit mesin judi bernilai RM56,000 melalui Jeti Penumpang Pelabuhan Tawau di Tawau, semalam.

Suspek berusia 50 tahun yang juga warga Indonesia dan juragan bot penumpang itu ditahan sepasukan anggota bot peronda APMM selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan ketika menuju masuk ke Sungai Melayu, Pulau Sebatik, kira-kira 8 pagi.

Bot bersama mesin judi yang ditahan APMM. Foto Ihsan APMM

Timbalan Pengarah Zon Operasi APMM Tawau, Komander Mohd Yusri Hussin menjelaskan, pemeriksaan awal mendapati juragan terbabit mengemukakan pasport yang meragukan.

“Pada masa sama, pemeriksaan lanjut kemudiannya menemui tiga unit mesin permainan judi ‘wukong’ dalam bot berkenaan tanpa sebarang dokumen kebenaran, disyaki cuba diseludup keluar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bot bersama mesin judi yang ditahan APMM. Foto Ihsan APMM

Mohd Yusri berkata, suspek kemudiannya ditahan sebelum diiring masuk ke jeti Zon Maritim Tawau untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002, kerana melanggar syarat sah lesen bot.

Tegasnya lagi, APMM akan terus mempergiat tugas pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa dalam memastikan sebarang bentuk perlanggaran undang-undang di laut dapat dibanteras.

“Orang ramai boleh menyalurkan sebarang aduan atau maklumat melalui talian hotline, Pusat Operasi APMM

Harian Metro