Shafie Ketuai Delegasi Sabah Ke Kalimantan Timur

Mohd Shafie (kanan) bersama Gabenor Kalimantan Timur Isran Noor (kiri) semasa perbincangan tertutup sempena Kunjungan Hormat Ketua Menteri Sabah ke Kalimantan Timur.

BALIKPAPAN, INDONESIA: Lawatan kerja Ketua Menteri Sabah bersama jemaah menteri kabinet ke Kalimantan Timur (Kaltim) pada hari ini.

Delegasi yang diketuai oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal dan isteri Datin Seri Shuryani Shuaib tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Aji Muhamad Sulaiman Sepinggan, Balikpapan, Kalimantan Timur pada 9 pagi.

Mohd Shafie (kanan) bersama Gabenor Kalimantan Timur Isran Noor (kiri) semasa perbincangan tertutup sempena Kunjungan Hormat Ketua Menteri Sabah ke Kalimantan Timur.

Ketibaan Ketua Menteri bersama isteri dan rombongan disambut oleh Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kota Kinabalu Krishna Djelani dan Plt Asisten Pemerintahan dan Kesejahteraan Rakyat Setda Wilayah Kaltim M Jauhar Fendi.

Lawatan kerja ke Kalimantan Timur dan Kalimantan Utara selama tiga hari ini bermula dengan pertemuan bersama Gabenor Kalimantan Timur Isran Noor bagi membincangkan tentang pembangunan Kalimantan Timur berikutan rancangan pemindahan ibu kota Indonesia ke Kaltim.

Pada sebelah petang, Ketua Menteri mengadakan lawatan Projek Lebuh Raya Balikpapan-Samarinda.

Dalam majlis berasingan Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Yusof Yacob mengadakan sesi dialog dan menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Balikpapan.

Delegasi turut disertai oleh Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong dan Datuk Christina Liew, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Junz Wong serta Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Hashim Paijan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *