Gua ‘Rockers’ Dari Sandakan Beb!

Fesyen dan gaya rambut 90-an dikekalkan Rockers Sandakan

SANDAKAN: Kehadiran sekumpulan pemuda berpakaian rockers era 80-an sepanjang Karnival Ambang Hari Malaysia berlangsung di Padang Bandaran Sandakan, semalam, menarik perhatian ramai.

Kumpulan dikenali sebagai Rockers Sandakan terdiri daripada lebih 15 ahli berusia antara 15 hingga 35 tahun yang tampil dengan fesyen pakaian dan rambut panjang yang popular ketika era 80 dan 90-an menyebabkan orang ramai tidak putus mengambil peluang bergambar kenangan bersama mereka.

Salah seorang mereka, Mohd Wan Asnizam Ashari, 20-an, mengakui bukan kumpulan pemuzik, tetapi fesyen ini digayakan kerana sesuai dengan jiwa mereka.

“Fesyen ini tertanam dan sesuai dalam jiwa kami. Kerana itu kami selalu bersatu dan bertemu dalam majlis atau program tertentu.

Fesyen dan gaya rambut 90-an dikekalkan Rockers Sandakan

“Kami berasal dari pelbagai kampung di Sandakan, tetapi kami sentiasa berhubung dan kebiasaannya akan dipanggil dalam program untuk memeriahkan majlis dan itu antara keistimewaan kami,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Katanya, keunikan penampilan mereka juga mungkin menyebabkan orang ramai terbayang dengan era kegemilangan era rockers yang popular satu ketika dahulu.

Fesyen dan gaya rambut 90-an dikekalkan Rockers Sandakan

Sementara itu, Redzuan Hussien, 20-an, tidak menafikan selama ini memang ada pihak memandang serong kerana penampilan mereka.

“Tetapi kami sebenarnya tidak mengganggu sesiapa pun. Kami hanya menggayakan fesyen yang kami suka.

“Saya rasa pihak tidak sukakan kami harus kenali kami lebih dahulu. Kami sedia bercerita dan duduk semeja. Mungkin ini boleh mengubah persepsi mereka terhadap kami,” katanya.

Fesyen dan gaya rambut 90-an dikekalkan Rockers Sandakan

Katanya, kumpulan mereka diwujudkan sejak lebih lima tahun lalu dan kekal sehingga hari ini.

“Kami tidak paksa mana-mana ahli yang tidak dapat datang kerana kami faham mereka ada kerja atau sibuk dengan tugasan.

“Kami hanya suka-suka. Dapat hadir, maka boleh hadir. Kerana sebahagian dari kami adalah pelajar,” Katanya.

Katanya, walaupun dalam kesibukan menjalankan kerja seharian, mereka sentiasa bersedia menerima undangan mana-mana pihak untuk program.

Harian Metro