Pemancing Hilang: Satu Ditemui Lemas, Dua Lagi Masih Hilang

Mayat Yee Chong ditemui terdampar di atas batu di kawasan Sungai Labik, Sarawak. Gambar SNT/Ihsan Maritim Malaysia

LABUAN: Seorang daripada tiga lelaki yang dikhuatiri hilang selepas keluar memancing di Pulau Sari, semalam, ditemui lemas, hari ini.

Mayat Yee Chon Tiong, 30, ditemui terdampar di atas batu di kawasan Sungai Labik, Sarawak oleh penduduk kampung, jam 8.35 pagi.

Mayat Yee Chong ditemui terdampar di atas batu di kawasan Sungai Labik, Sarawak. Gambar SNT/Ihsan Maritim Malaysia

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Kepten Maritim Che Adnan Md Isa berkata, mayat itu dikenal pasti salah seorang daripada tiga lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar memancing di Pulau Sari, pagi semalam.

“Mayat itu adalah Yee Chee selepas disahkan oleh ahli keluarganya dan dibawa ke Hospital Lawas untuk tindakan lanjut.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan bagi mengesan dua lagi mangsa yang masih belum ditemui,” katanya di sini, hari ini.

Semalam, Yee Chon bersama dua rakannya iaitu Faruk Arina Ahmad, 29, dan Mohd Amirul Bakar, 26, dikatakan keluar memancing di sekitar Pulau Sari, jam 5 pagi dan sepatutnya pulang petang hari yang sana.

Isteri kepada Faruk kemudian membuat laporan polis sebelum Maritim Malaysia Labuan yang menerima laporan mengaktifkan operasi SAR jam 12.20 tengah malam tadi. -SabahNewsToday