Empat Kes Jangkitan JE Setakat Ini Di Sabah – Jabatan Kesihatan

Gambar Hiasan

SABAH CATAT 4 KES JE SETAKAT INI: JABATAN KESIHATAN

KOTA KINABALU: Sebanyak empat kes berkaitan jangkitan wabak Japanese Encephalitis (JE) di Sabah dikesan setakat ini iaitu di Kota Kinabalu, Ranau, Papar dan Tambunan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata pada tahun lalu sebanyak lima kes jangkitan JE direkodkan di negeri ini.

“Terbaharu adalah yang berlaku di Kampung Lubang, Tambunan melibatkan seorang pesakit lelaki berusia 21 tahun.

“DIfahamkan pesakit kini stabil tapi masih menerima rawatan susulan di Hospital Keningau,” katanya dalam sidang media khas oleh Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Frankie Poon di sini hari ini.

Dr Christina berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini ujian pengesahan kes JE yang melibatkan seorang penduduk di Kampung Lubang, Tambunan semalam.

Wabak JE disebabkan oleh virus flavivirus yang boleh mengakibatkan gejala ‘viral encephalitis’ dan virus JE disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Culex yang telah mendapat virus itu daripada haiwan seperti khinzir atau burung liar.

Dalam pada itu Dr Christina berkata dalam usaha menangani penularan penyakit itu Jabatan Kesihatan Negeri juga bekerjasama dengan Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Jabatan Veterinar Negeri untuk membantu daripada pemeriksaan haiwan itu.

Katanya maklumat daripada kedua-dua jabatan itu penting bagi perolehan data dan sampel haiwan terbabit sama ada ia adalah baka tempatan atau import.

Sementara itu, beliau turut meminta orang awam agar sentiasa berwaspada dan menyalurkan maklumat kepada pihak kesihatan dengan segera sekiranya berlaku kes jangkitan penyakit di kawasan masing-masing.

Jelas beliau tahap kesedaran orang ramai dalam menjaga kebersihan di kawasan perumahan mereka juga perlu ditingkatkan bagi mengecah jangkitan JE yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Culex.

SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *