Darell Hulur Bantuan Kepada Pelajar Di Asrama Terlibat Hakisan Tanah Di Penampang

Darell ketika menyampai sumbangan.

PENAMPANG: Sekolah Kebangsaan (SK) Togudon, Penampang yang terjejas akibat hakisan tanah, menyusuli hujan lebat dan cuaca buruk baru-baru ini mendapat perhatian Ahli Parlimen Penampang, Datuk Darell Leiking.

Darell yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) pada Sabtu lalu, telah berkunjung ke sekolah berkenaan untuk menghulurkan bantuan segera yang diperlukan pelajar dan tenaga pengajar sekolah terbabit dalam usaha menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif sebelum tindakan lanjut diambil oleh agensi yang bertanggungjawab.

MENYAMPAIKAN sumbangan.
MENYAMPAIKAN sumbangan.

Dalam lawatan berkenaan, Darell telah menyumbangkan beberapa bantuan segera seperti 45 unit tilam dan bantal bagi semua pelajar yang menginap di asrama sekolah berkenaan.

Selain itu, Darell, melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat Penampang juga menyumbangkan 45 helai cadar baharu, dan bantuan asas harian lain seperti berus dan ubat gigi.

Darell diberi penerangan semasa melawat asrama berkenaan.

Selain Sekolah Kebangsaan (SK) Togudon, Darell turut menghulurkan bantuan kepada pelbagai institusi masyarakat setempat. 

50 unit kerusi plastik disumbangkan ke Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Togudon, 50 unit kerusi plastik ke Gereja Holy Cross, dan 25 lagi untuk Perpustakaan Desa Togudon.

Semua bantuan mikro ini menyusuli kerja penambahbaikan infrastruktur kampung yang giat dilakukan sejak tahun lalu seperti pembaikan jambatan gantung Sungai Dumindai dan Sungai Kisada, Togudon.

Darell melawat kawasan sekolah yang terjejas akit hakisan tanah.

Darell melahirkan harapan supaya agensi yang terlibat dapat mengambil langkah segera untuk mengatasi kejadian hakisan tanah daripada terus berlaku. 

“Pejabat Khidmat Wakil Rakyat Penampang akan sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya, bagi memastikan status keselamatan di situ dan saya berharap tidak lama lagi para pelajar akan dapat segera bersekolah dalam keadaan tenang dan fokus kepada semua aktiviti yang dijalankan.

Di majlis sama, Darell turut serta dalam sesi ‘Aduan MP’ yang membolehkan masyarakat melaporkan terus masalah mereka kepada wakil rakyat. 

Pemeriksaan kesihatan dan pergigian percuma juga turut dianjurkan.

Program turut dijayakan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Negeri Sabah (Pejabat Kemas Daerah Penampang).

Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *