Surau Kampung Nelayan Tengah, Sandakan Musnah Terbakar

Surau Nurul Iman di Kampung Nelayan Tengah, Sandakan musnah dalam kebakaran semalam tadi. – Gambar Ihsan Pembaca

SANDAKAN: Surau Nurul Iman musnah dalam  kebakaran di Kampung Nelayan Tengah, Batu 10 Jalan Sungai Batang di sini semalam tadi.

Menurut Penguasa Bomba dan Penyelamat zon Sandakan Anddre Andrew, Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan menerima panggilan kecemasan pada jam 9.52 malam.

Surau Nurul Iman di Kampung Nelayan Tengah, Sandakan musnah dalam kebakaran semalam tadi. – Gambar Ihsan Pembaca

Empat buah jentera yang diketuai Penolong Penguasa Bomba Hairi Otuh bersama 13 orang anggota Bomba respon ke tempat kejadian melalui jarak 18 KM, katanya lagi.

Ketua Operasi melapor kebakaran melibatkan sebuah surau jenis separuh kekal  musnah terbakar 100% manakala dapur surau jenis kekal terbakar 80%, kata Anddre.

Surau Nurul Iman di Kampung Nelayan Tengah, Sandakan musnah dalam kebakaran semalam tadi. – Gambar Ihsan Pembaca

Pasukan Bomba berusaha memadam dan mengawal kebakaran tersebut sehingga kawasan persekitaran diisytihar selamat daripada kemerbahayaan lain, tambah beliau.

Surau Nurul Iman di Kampung Nelayan Tengah, Sandakan musnah dalam kebakaran semalam tadi. – Gambar Ihsan Pembaca

“Operasi terkawal pada jam 10.36 malam dan tamat sepenuhnya pada jam 11.17 malam. Tiada kecederaan dan kematian dilaporkan,” kata Anddre.

Pihak Bomba akan menjalankan siasatan untuk mengenalpasti punca kebakaran dan kerugian, kata Anddre.

Surau Nurul Iman di Kampung Nelayan Tengah, Sandakan musnah dalam kebakaran semalam tadi. – Gambar Ihsan Pembaca