Nelayan Warga Emas Hilang Dikhuatiri Lemas Di Kuala Pantai Emas

Gerakan pencarian mangsa

KOTA BELUD: Seorang nelayan hilang selepas bot kayu yang dinaiki dipercayai dipukul ombak semasa memukat di perairan Kuala Pantai Emas di sini, awal pagi Selasa.

Mangsa, Sapuan Saiman, 60, memakai jaket Petronas berwarna kuning semasa kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Superintendan Mohd Zaidi Abdullah berkata kejadian seawal jam 5 pagi berlaku apabila mangsa bersama dua rakannya memukat di laut menaiki bot masing-masing.

“Semasa memukat, angin kencang melanda kawasan perairan menyebabkan mangsa dan rakannya menyelamatkan diri balik ke Jeti Pantai Emas.

“Sebaik berada di jeti, mangsa bagaimanapun tidak kunjung tiba dan rakannya bertindak menunggu sehingga kira-kira empat jam sebelum balik ke rumah mangsa untuk memaklumkan kejadian kepada keluarganya,” katanya.

Beliau berkata pada jam 12 tengahari kemudian, anak mangsa dan empat rakannya turun ke laut untuk mencari mangsa sebelum menemukan bot mangsa di perairan Tubu-Tubu Nanamun.

“Berdasarkan bot mangsa dengan tanpa pengemudi mangsa dipercayai jatuh ke laut, tambahan pula pukat serta gelen berkapasiti 10 liter turut hilang.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini dijalankan bersama beberapa agensi keselamatan lain termasuk Pasukan Polis Marin (PPM), Agensi Penguatkuasaan

Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya.

Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *