86 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Kampung Batu 4

Puluhan rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Batu 4, Jalan Apas di Tawau. – Gambar Media Sosial

TAWAU: Sebanyak 86 rumah termasuk sederet rumah kongsi dalam kebakaran di Kampung Kinabutan Kecil, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian yang pada jam 10.30 pagi itu, kebanyakan daripada lebih 300 mangsa tinggal sehelai sepinggang selepas gagal menyelamatkan harta benda masing-masing.

Puluhan rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Batu 4, Jalan Apas di Tawau. – Gambar Media Sosial

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau, Sharudy Delamin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.36 pagi sebelum sepasukan 35 pegawai dan anggota bersama lima jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Belaiu berkata, sebaik tiba pihaknya mendapati keadaan api sedang marak dan merebak selain beberapa rumah sudah musnah dijilat api.

Puluhan rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Batu 4, Jalan Apas di Tawau. – Gambar Media Sosial

“Anggota bomba kemudiannya menjalankan operasi mengawal dan memadam kebakaran menggunakan pili bomba berhampiran selain sumber air terbuka daripada air sungai.

Puluhan rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Batu 4, Jalan Apas di Tawau. – Gambar Media Sosial

“Operasi turut dibantu penduduk kampung sebelum kebakaran berjaya dikawal kira-kira sejam kemudian,” katanya ketika ditemui lokasi, hari ini.

Beliau berkata, api merebak dengan pantas berikutan keadaan berangin selain struktur rumah yang dibina daripada papan itu terlalu rapat antara satu sama lain.

Bagaimanapun katanya, setakat ini tiada sebarang laporan kemalangan jiwa manakala punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Berita Harian