Vivian Wong Angkat Sumpah Ahli Dewan Rakyat

Vivian Wong Shir Yee mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen pada persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen. – Foto Eizairi Shamsudin

KUALA LUMPUR: Vivian Wong Shir Yee daripada DAP yang memenangi kerusi Parlimen Sandakan pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 11 Mei lalu, mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat di depan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, sebentar tadi.

Mohamad Ariff dalam ucapan ringkasnya berharap Vivian meneruskan komitmen mendiang ayahnya, Datuk Stephen Wong Tien Fatt, dalam memberikan khidmat kepada masyarakat berbilang kaum di kawasan Parlimen Sandakan.

DAP mempertahankan kerusi Parlimen Sandakan selepas menewaskan empat pencabar pada PRK itu dengan memperoleh majoriti 11,521 undi apabila meraih 16,012 undi.

Berita Harian