Polis Tahan 3 Wanita Miliki 48 Karton Rokok Seludup

Ketiga-ketia wanita terbabit dibawa ke Balai Polis untuk siasatan selanjutnya.

POLIS TAHAN 3 WANITA MILIKI ROKOK SELUDUP PELBAGAI JENAMA

TAWAU, 28 JUN 2019- Polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) berjaya menahan tiga wanita kerana memiliki 48 karton rokok seludup pelbagai jenama ketika menjalankan tugas ‘point duty’ di batu 3 Jalan Apas Tawau.

Antara rokok yang dirampas

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter AK Umbuas berkata, tiga wanita berkenaan dikesan menaiki bas di perhentian bas di hadapan Taman Berjaya dan didapati membawa beberapa bungkusan yang mencurigakan.

Katanya, melalui maklumat yang diperolehi, tindakan pantas salah seorang anggota BSPT yang sedang menjaga ‘point duty’ di Batu 3 Jalan Apas telah menahan bas berkenaan.

Hasil pemeriksaan lanjut ke atas bungkusan yang dibawa tiga wanita berkenaan, polis mendapati 48 karton dipercayai rokok seludup pelbagai jenama dalam simpanan ketiga-tiga wanita terbabit.

Ketiga-tiga suspek dan barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 135(e)(1) Akta Kastam.

Mengulas lanjut beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti jenayah termasuk aktiviti penyeludupan yang boleh membawa kepada tindakan undang-undang.

Sumber : #BESTAWAUfm