Kementerian Pendidikan Henti Edar Kotak Susu Pelekat Khas Menerusi Program Susu Sekolah

Kementerian Pendidikan sudah mengeluarkan arahan pemberhentian edaran dan pembelian kotak susu keluaran syarikat di Sabah menerusi Program Susu Sekolah (PSS), susulan penggunaan label serta pelekat khas tanpa kebenaran.

Menterinya, Maszlee Malik, berkata pihak kementerian menerima aduan berhubung perkara itu pada 21 Jun lalu dan mengarahkan siasatan serta pemberhentian edaran kotak susu itu serta-merta pada hari sama.

Katanya, pihaknya memandang serius isu terbabit kerana ia membabitkan integriti pelaksanaan inisiatif Kementerian Pendidikan.

“Perbuatan ini menimbulkan kesangsian rakyat terhadap kualiti susu dibekalkan kepada murid di sekolah.

“Saya ingin menegaskan komitmen Kementerian Pendidikan untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak, terutama kumpulan sasar warga miskin yang tergolong dalam senarai penerima bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) termasuk susu di sekolah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Maszlee berkata, sebarang salah laku integriti dalam isu itu akan disiasat kerana ia membabitkan penyalahgunaan kuasa serta dana bagi golongan pelajar miskin.

“Ini isu serius dan tidak boleh diterima,” katanya.

Program pembekalan susu atau lebih dikenali sebagai Program Susu 1Malaysia (PS1M) diperkenalkan sejak 1983 dengan nama PSS.

Program terbabit adalah sebahagian daripa

Berita Harian