Penduduk Dakwa Banjir Di Tawau Kali Ini Yang Terburuk Dalam Tempoh 10 Tahun

Antara kawasan terjejas banjir berikutan hujan lebat di Tawau semalam.

TAWAU, 28 JUN 2019 – Hujan lebat sejak awal pagi tadi telah menjejaskan beberapa buah kampung di daerah Tawau termasuk di kampung di Batu 2 dan Batu 4, Jalan Apas.

Tidak terkecuali bagi kampung Rawa-Rawa dimana penduduknya mendakwa kejadian banjir kali ini merupakan banjir terburuk dalam tempoh lebih 10 tahun lalu.

Antara kawasan terjejas banjir berikutan hujan lebat di Tawau semalam.

Bercakap kepada RTM, seorang penduduk, Ahmad Suppu, 63 tahun berkata, beliau tinggal di kampung berkenaan sejak lebih 30 tahun lalu dan pernah melalui bermacam pengalaman mengenai banjir di kampungnya.

Katanya, beliau pernah menempuh pengalaman banjir paling teruk pada kira-kira lebih 10 tahun lalu. Bagaimanapun katanya banjir kali ini seakan luar biasa kembali melanda kampung mereka.

Antara kawasan terjejas banjir berikutan hujan lebat di Tawau semalam.

Menurutnya lagi, kampung tersebut terdapat kira-kira 100 buah rumah dan ada kawasan yang dinaiki air sehingga paras leher atau hampir 2 meter, selain sesetengah kawasan hanya paras dada atau pinggang sahaja.

Beliau juga yang berkerja sebagai pemandu bas sekolah berkata, sekiranya berlaku banjir seumpama ini, tentunya kanak-kanak di kampungnya tidak pergi ke sekolah kerana keadaan yang tidak mengizinkan.

Antara kawasan terjejas banjir berikutan hujan lebat di Tawau semalam.

Sementara itu, sekumpulan remaja lelaki yang ditemui RTM berkata, banjir kali ini merupakan banjir paling teruk pernah mereka lalui dan tidak seperti yang berlaku sebelumnya.

Antara kawasan terjejas banjir berikutan hujan lebat di Tawau semalam.

Remaja berkenaan menggunakan sebuah sampan kayu kecil bagi membantu beberapa penduduk serta barang-barang untuk dikeluarkan dari rumah ke tepi jalanraya utama.

Orang kampung juga turut dilihat menyelamatkan harta benda masing-masing termasuk kenderaan ke tempat yang selamat seawal 3 pagi sejak menyedari hujan lebat turun.

Sumber : #BESTAWAUfm